Bila Anak-Anak Bertanya Tentang Allah Dan Alam Ghaib
Karya: Muhammad Muhyidin ISBN: 978-967-5515-11-8 Harga SM/SS: RM 16.00 / RM 19.00
Peningkatan intelektual anak-anak seiring dengan kemajuan ilmiah masa kini mendorong pertanyaan yang lebih kritis daripada anak-anak tentang kewujudan Allah dan alam ghaib. Justeru ibu bapa seharusnya memantapkan diri dengan ilmu-ilmu akidah untuk menjawab segala persoalan yang terbuku di hati anak-anak tentang Allah dan alam ghaib.
Karya: Naimisa Yusuf ISBN: 978-967-5515-09-5 Harga SM/SS: RM 17.00 / RM 20.00
Di sebalik deretan kertas kuning dan berhabuk. Tidak ada siapa peduli. Sebuah manuskrip yang sukar ditafsirkan, kompleks dan penuh dengan nada-nada cinta. Setiap helaian padat dengan catatan cerita suka dan duka.
Karya: Sami bin Muhammad bin Jadullah 'Isham ISBN: 978-967-5515-08-8 Harga SM/SS: RM 14.00 / RM 17.00
Coklat itu enak! Rasanya lazat bukan main! Tetapi dapatkah kita beramal soleh sehingga merasakan kelazatan yang luar biasa? Dapatkah amal soleh dilakukan tidak terasa seperti sekadar ibadah rutin yang biasa?
Karya: Atriza Umar ISBN: 978-967-5515-03-3 Harga SM/SS: RM 15.00 / RM 18.00
Kibarkan kalimah lailahaillallahlah di muka bumi tuhan ini. Kenalilah pejuang-pejuang Islam. Kerana dengan mengenali mereka, jiwa kita akan bersama-sama berkongsi getaran jihad yang mereka miliki.
Siti Hajar adalah seorang wanita biasa yang akhirnya meninggalkan sejarah yang luar biasa. Hasil sejarah daripada kisah Siti Hajar ini menjadikan kawasan tanah yang dahulunya tandus kini menjadi tempat tumpuan umat islam di seluruh dunia (Mekah).
Madinah dikepung. Lebih daripada 10,000 perajurit pasukan bersekutu mengelilingi Madinah. Kaum Muslimin benar-benar terancam! Dari luar, pasukan Quraisy dan sekutunya terus mengintai bak harimau kelaparan sedang mengintai buruannya.
Siapakah Yang Lebih Baik Perkataannya Daripada Orang
Yang Menyeru Kepada Allah
Karya: A. Ubaidillah Alias ISBN:978-967-5515-07-1 Harga SM/SS: RM 14.00/ RM 17.00
Islam boleh disampaikan melalui pelbagai cara dan kaedah sama ada melalui lisan, tulisan atau pun perbuatan. Penyampaian itu perlulah dibuat menggunakan kaedah yang paling baik sesuai dengan khalayak dan audien yang didepaninya.
Wanita memang sering mempesona dengan penampilannya. Namun, apabila seorang lelaki menjadi begitu mempesonakan isterinya, tentu ada banyak kejutan dalam sifat, tingkah laku dan keperibadiannya.
Karya: A. Ubaidillah Alias ISBN: 978-967-5515-06-4 Harga SM/SS: RM 12.90 / RM 15.90
Apa yang pasti remaja sering mengarahkan cinta mereka ke arah kemaksiatan dan menuju lembah cinta yang dimurkaiAllah. Hadirnya Kompas Cinta dengan misi yang satu iaitu memadu remaja ke arah erti cinta yang sebenarnya.
Karya: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ISBN: 978-967-5515-02-6 Harga SM/SS: RM 15.00 / RM 18.00
Harus diingat betapa dalam dunia yang serba canggih kini, pelbagai kekeliruan disogokkan oleh musuh islam. Terkadang ada kalimah yang disangka benar, tetapi ia mengundang kebatilan.