Tentang Kami
Bermula dari bincang-bincang yang agak keterbatasan modal. Semangat dan harapan, idea kreatif dan penghargaan jiwa kami inginkan, ilmu ulama juga politikus mahir didokumenkan. Itu fundementalnya. Maka tercetuslah sebuah semangat untuk menghimpun karya-karya ulama' kita. Tersematlah sebuah idea dan gagasan menubuhkan sebuah penerbitan buku Islam. Pembungkahan idea pun dilakukan maka berdirilah KEMILAU PUBLIKA SDN BHD. Dengan staf hanya beberapa saja, dan bermodal semangat dan sedikit pengalaman, Annual Bakri Haron dan Masri Abu Soed bersama mengelola usaha ini.
Dengan tema ‘MILIKI ILMU YANG TERTINGGAL’ maka perlu bagi umat merebut semua yang dilempar oleh ulama’ tersohor tanahair kita.
Untuk visi ini KEMILAU PUBLIKA lahir. Untuk mengupaya membantu manusia sentiasa berada di landasan semangat ibadahnya dengan berilmu. Diasaskan semangat untuk mendidik masyarakat, KEMILAU PUBLIKA mempersembahkan buku-buku Islami, mulai dari akidah, fikah, sirah, tafsir, akhlak dan politik. Alhamdulillah, kami telah bermula dari tahun 2007 hingga kini. Sokongan untuk kami begitu kuat, membuat kami teruja membikin lebih banyak untuk anda.